salam / hai
hidup kita tak selalunya indah kan, laut dan sungai tu pula tak selalunya tenang dan langit kat atas tu juga tak selalunya cerah. memang seandainya kita fikir sekali sejenak, semuanya itu mungkin akan memburukkan diari hidup kita. tetapi kalau kita fikir berkali-kali, ada bagusnya. masalah-,asalah, dugaan-dugaan tu yang mematangkan kita. yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Berkuasa. kegembiraan semata-mata akan menyebabkan kita alpa dengan cahaya kebahagiaan dunia yang sementara ini. tetapi, kita juga tidak boleh terlalu bersedih kerana air mata kesedihan mungkin akan membawa kita ke jalan yang serong. jadi, berpada-padalah...
erk.. apa yang cuba aku sampaikan kat sini? hurm.. ok2.. aku nak ingatkan diri aku (kalau boleh diri kalian juga, sama2 kita ingat mengingati k!) hari ni mungkin aku gembira, tetapi aku tahu kita tidak akn selalunya di atas. takut tu memang takut nak menghadapi hari-hari mendatang. tetapi, aku tahu, Allah sentiasa ada bersama-sama kita. cuma kita sahaja yang leka dan alpa.
nota tapak tangan: aku mohon untuk ditabahkan hati untuk menghadaoi hari-hari mendatang.
sometimes, if i have any problems or what, i try to hide it but... ternyata, aku tak terdaya. aku tak sekuat itu...ianya pasti jelas terpancar di wajah aku..
[correct me if i'm wrong]
2 comments:
no matter wat, Allah always with us :)
tirah : :)
Post a Comment