my wish

mengharapkan hari esok supaya lebih baik daripada hari ini dan semalam.

Thursday, May 12, 2011

salam / hai


hari esok adalah rahsia. rahsia yang tidak kita ketahui sehinggalah kita sendiri melalui saat dan tika esok. seandainya kita telah merancang sesuatu, ingatlah bahawa ianya tidak semestinya terjadi seratus peratus seperti mana yang kita kehendaki kerana kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. bersiap sedialah di atas sebarang kemungkinan.


ada kala kita merancang bahawa sesuatu benda itu akan menjanjikan sesuatu yang indah dan akan mekar sebagai kenangan manis di dalam fikiran kita, tetapi sebaliknya telah berlaku. sungguh, aku sendiri tidak menginginkannya terjadi, tetapi mungkin itu yang terbaik buatku kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. 

No comments: